Walau apa-apa pun, aku tetap dengan pendirian aku.. Aku rasa pendapat aku betul.. Jika ditanya kenapa marah agama lain guna kalimah 'Allah', pusing-pusing macam mana pun korang mesti akan cakap takut umat Islam akan keliru.. Betul tak? Jadi apa yang aku katakan betullah.. Abaikan soal status aku tu.. Aku bukan nak hurai panjang-panjang pun..
Apa yang aku ingin sampaikan, buat semua umat Islam di Malaysia, jangan jadi ekstrimis Islam.. Orang ekstrimis inilah yang membuatkan Islam dipandang rendah oleh penganut agama lain.. Sebab ekstrimislah Islam dilabel sebagai pengganas.. Dan kebanyakan ekstrimis Islam ini adalah dikalangan mereka-mereka yang tidak punya pendidikan agama yang kukuh.. Mereka tidak mengamalkan Islam dengan sebetulnya pun.. Bila timbul sesuatu isu, mereka akan bertindak mengikut hawa nafsu, bukan berlandaskan syariat Islam..
Jangan bertindak dengan hawa nafsu.. Kutuk agama orang lain, bakar rumah ibadat agama lain.. Itu semua lari jauh dari syariat Islam.. Kenapa nak bertindak sampai macam tu sekali? Sabar je la.. Isu ni belum muktamad lagi.. Kerajaan dah cakap nak buat rayuan kat mahkamah, tunggu je lah.. Jangan malukan Islam boleh? Konon nak pertahankan Islam tapi dalam masa yang sama memalukan Islam.. Ada Islam ajar kutuk agama lain semasa memberi hujah? Ada Islam ajar bakar rumah ibadat agama lain? Dah la yang dibakar tu bukan gereja Katolik.. Nampak sangat cetek ilmu pengetahuan dan bertindak membuta-tuli..
Aku sayangkan agama aku.. Aku juga sayangkan negara aku.. Jujurnya, dalam isu ini, aku tak rasa sedikit pun tergugat jika agama lain mahu menggunakan 'Allah'.. Sebab apa? Sebab aku tahu mana satu kenyataan yang betul mengenai agama aku.. Jika mereka menggunakan kalimah 'Allah' sekali pun, aku tahu kenyataan itu salah.. Aku tahu bezakan mana satu yang betul, mana satu yang salah.. Sebab itu aku tidak takut..
Tapi aku mula rasa takut bila aku dapat tahu yang ada gereja dibakar.. Kenapa nak bakar gereja? Sebab marah? Tidak fikirkah perkara itu akan menjadi isu yang boleh membawa kepada berulangnya peristiwa 13 Mei? Korang boleh mendabik dada sebab majoriti di negara ini adalah beragama Islam.. Kononnya kalau terjadi apa-apa ramai yang boleh back up.. Menggunakan istilah jihad untuk mencari penyokong.. Tapi ada korang fikir yang rusuhan hanya merugikan semua pihak? Tiada guna hati puas tapi akhirnya kampung sendiri musnah.. Jangan jadi bodoh sombong boleh? Aku sayang negara aku.. Tolong jangan rosakkan keharmonian negara aku..
Isnin ni, aku akan mula bekerja.. Ini kali pertama dalam hidup aku, dihujung bulan aku bakal menerima gaji sebanyak RM 2.7k.. RM2.7k mungkin tidak banyak bagi sesetengah orang, tapi bagi budak yang berumur 22 tahun macam aku ni, ianya ialah satu angka yang besar.. Dan untuk pengetahuan, bos aku adalah seorang perempuan Cina yang menganut agama Kristian.. Jika terjadi rusuhan, aku tidak boleh bekerja atau pun bos aku buang aku sebab aku beragama Islam, aku bersumpah atas nama tuhan, aku akan bunuh mereka yang mula membakar gereja tu.. Aku bunuh atas nama tuhan kerana memalukan Islam dan bertindak diluar syariat Islam.. Macam mana? Boleh terima alasan tu?
*Buat DS Najib, sila hentikan semua ini dengan kadar yang segera sebelum terlambat.. Aku tahu kau mampu melakukannya.. Kau tak nak apa yang terjadi kepada Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa 13 Mei terjadi kepada kau kan? Kalau tak nak, sila hentikan..
*Kalau nak terangkan mengenai Islam kepada penganut agama lain, sila jangan kutuk agama mereka..
*Nak ISA aku sebab pendapat aku? Sila ISA juga mereka-mereka yang mengutuk agama lain.. Itu juga boleh mengancam keselamatan negara.. Sila jangan double standard..
*Sila faham istilah 'Jihad' sebelum korang berani mengucapkan perkataan tersebut..
*Oh ya, mereka di Borneo gelak sebab mereka rasa orang di Semenanjung mudah sangat melenting apabila terjadi sesuatu isu yang melibatkan perkauman atau agama.. Mereka telah lama hidup harmoni dan soal perkauman itu sudah lama basi.. Sebab itu mereka gelak.. Ada faham? Tidak faham sila tanya..
