Seperti yang korang sedia maklum (dia kecoh kat Twitter dia kot), Atreyu dah update Samsung Galaxy S dia ke Froyo. Aku rasa tercabar, aku pun update la ke Froyo jugak.
HTC dah berhenti mengeluarkan official update untuk HTC Hero. Last keluar adalah Eclair. Maknanya, HTC Hero memang tidak akan merasa pakai Froyo.
Atas semangat 'Kalau tiada, kita buat bagi ada', aku pun carik la custom ROM yang sesuai untuk phone aku. Selepas 3 kali flash ROM yang berbeza-beza, akhirnya aku jumpa ROM yang aku berkenan. Cantik, ringan dan yang paling penting, stabil.
Running on Elelinux Special Edition Android 2.2 ROM dengan Kernel Hero_Kernel-12pre2, hasilnya:

Hero aku kini telah update ke Froyo! Dan yang paling penting, tidak timbul masalah Android Market macam Atreyu. :p
Dengan poyonya, aku pun install la theme Android 2.3 (Gingerbread). Nak pakai Gingerbread betul, masih belum ada ROM yang stabil untuk HTC Hero. Aku ada try flash ROM Gingerbread tapi banyak function yang tak boleh guna. Radio signal tak aktif, WiFi jadi giler dan macam-macam lagi problem.
Home Screen
Menu (Fonts macam Linux)
Keyboard GingerbreadApa yang menarik dekat Froyo?
Antaranya ialah Froyo boleh USB tethering atau dalam bahasa mudah, boleh gunakan phone sebagai modem untuk surf Internet kat laptop atau PC. Pakai data connection kat phone la.
Dah boleh USB tethering, korang boleh jadikan phone korang sebagai MiFi. Tapi kena ada application lain dan juga phone yang sudah root. Aku pakai aNetShare sebab aku rasa ini yang paling stabil.

Internet browser, Froyo pakai Chrome. Untuk Android sebelum ni, browser pakai Mozilla. Dah pakai Chrome, ada la function untuk Incognito Window. In case korang tak tahu function Incognito Window, dengan Incognito Window korang surf tanpa tinggalkan jejak kat browser. Lepas korang tutup je browser, segala cookies, browsing dan juga download histories akan di delete secara automatik. Kira selamat la korang nak buka website porno kat phone. Hehe..

Setakat ini, itu sahajalah yang aku baru explore. Function lain tak habis explore lagi. Cuma sedikit terkilan, Hero tak boleh support Adobe Flash 10.1 sebab chipset tak cukup power. Hukhuk..
*Jika korang mahu ROM yang aku pakai ni, boleh download kat sini. Sila maklum ini untuk HTC Hero SAHAJA.
*Jangan flash ROM pakai ROM FroydVillain. Aku dah try dan ianya tidak selaju ROM Elelinux. Launcher dia pun trial version je.
*Untuk theme Gingerbread, boleh download kat sini.
*Untuk keyboard Gingerbread, boleh download kat sini.
*Nak root HTC Hero GSM, boleh belajar kat sini. Cara ni paling mudah dan berkesan berbanding yang lain. Cara lain korang kena downgrade ke Cupcake dulu.

0 comments:
Post a Comment