Thursday, December 9, 2010

Kuala Lumpur International Motor Show 2010

Semalam, aku ke PWTC konon nak tengok motor show kat sana. Ini kali pertama aku datang dan aku jangkakan sesuatu yang menarik. Menarik maksudnya banyak kereta konsep dari pengeluar-pengeluar kereta yang ternama dunia. Macam motor show kat Paris.

Tapi malangnya jangkaan aku meleset. Tak banyak kereta konsep. Yang ada hanyalah kereta-kereta yang sedia ada di pasaran. Baik aku datang je ke mana-mana showroom kat KL ni. Konon ada kereta Batman, tapi kereta Batman pun hasil buatan Pak Mat si Tukang Kayu. Baik tak payah ada. Nasib baik tiket RM5 je (Student price).

Apa-apa pun, aku salute sama Proton. Mereka adalah pengeluar kereta yang paling banyak bawa kereta konsep ke motor show kali ni. Boleh tahan cantik gak. Aku harap mereka akan keluarkan dua model kereta ini ke pasaran bersama dengan Proton EMAS:



Antara kereta-kereta konsep lain yang ada selain Proton:





Selain kereta konsep CR-Z, Honda juga membawa masuk U3-X buat pertama kalinya ke Malaysia. U3-X adalah kenderaan peribadi unik satu roda ala-ala skuter yang budak-budak main dulu.

Yang uniknya, cara untuk control U3-X ni adalah menggunakan postur badan dan juga gerakan kaki. Jika mahu ke kanan misalnya, 'pemandu' hanya perlu menggerakkan badan sedikit ke kanan dan U3-X akan bergerak ke kanan. U3-X mampu melakukan pergerakan asas manusia seperti ke hadapan, belakang, pusing 360 darjah dan menyerong. Memang cool habis.

U3-X ni masih dalam proses R&D, masih belum dipasarkan secara komersial.


Apa-apa pun, rating keseronokan yang aku boleh bagi untuk Kuala Lumpur International Motor Show 2010 ini lebih kurang 2.5/5.0 la. Ianya tidak berbaloi datang kalau korang kena bayar penuh untuk harga tiket. Kalau ada student kad atau dapat tiket free, datang je la..

0 comments:

Post a Comment