Ini adalah sambungan dari entri ini...
Selamat pagi! Korang kena bangun paling lewat jam 0600. Kalau tidak, korang tak boleh teruskan pengembaraan ini.
Bawa barang yang korang rasa penting je. Yang tak penting tinggal kat hotel. Pakai pakaian yang sesuai untuk memanjat gunung. Bawa air mineral minimum dua botol 1.5L. Air 100 Plus pun boleh kalau korang poyo. Bawak la makanan ringan kalau nak. Breakfast siap-siap sebelum bertolak.
Kita akan ke Taman Negara Bako. Jarak perjalanan dari Kuching Waterfront ke Terminal Bot Bako adalah lebih kurang 45 minit. Korang kena sampai sini paling lewat jam 1100. Lewat dari tu, korang kena tunggu sampai jam 1500 untuk naik bot yang seterusnya. Rasional kena tunggu sampai jam 1500, air kembali pasang pada waktu tu. Bot tak boleh sampai ke Taman Negara kalau air tengah surut.
Tapi kalau korang naik bot jam 1500, sangat tidak berguna. Korang cuma ada masa dua jam sahaja untuk berada di Taman Negara Bako sebab bot terakhir dari Taman Negara ke terminal bertolak jam 1700. Dua jam tak cukup untuk explore Taman Negara tu. Lainlah kalau korang berhajat nak stay sana satu malam.
On the way ke Terminal Bot Bako, korang akan nampak Borneo Convention Centre kat sebelah kanan korang. Berhenti la jap ambil gambar kalau nak. Jika diperhati betul-betul, design bangunan ni lebih kurang macam PICC. Hukhuk..
Dah sampai Terminal Bot Bako, cepat-cepat cari mana-mana tourist yang ada kat situ yang nak ke Taman Negara Bako gak. Harga bot ke Taman Negara Bako adalah RM47 sehala. Kalau korang boleh share ramai-ramai, jimat sikit duit korang tu. Maksimum satu bot adalah 4-7 orang, bergantung kepada musim. Kalau musim monsoon, 4 orang je maksimum satu bot.
Dah dapat 'kawan' (korang berkawan sebab nak jimat duit je) yang nak share bot, korang kena register nama pulak. Bayaran masuk ke Taman Negara adalah RM10. Kena bayar time register. Kalau ada student kad, boleh dapat RM5. Inform pegawai kat situ yang korang tak nak stay kat sana.
Dah setel register, boleh la ke bot. Hati-hati semasa di jeti. Sungai tu ada buaya. Aku tak tipu.
Perjalanan dari terminal ke Taman Negara ambil masa lebih kurang 20 minit. Sepanjang perjalanan, boatman mungkin akan perlahankan bot untuk beri sedikit penerangan mengenai tempat-tempat yang dilalui. Simpan nombor telefon boatman sebab masa korang nak balik nanti, korang tak perlu tunggu lama. Boleh telefon diorang untuk angkut korang balik.
Dah sampai Taman Negara, boatman akan turunkan korang sama ada kat jeti atau kat pantai, bergantung pada paras air masa tu. Kalau air tak tinggi sangat, korang kena turun kat pantai lah. Ready untuk basahkan kaki.
Dah turun bot, terus register kat Guest Movement Book kat office Taman Negara. Biasanya boatman akan tunjuk kat mana office tu. Kat situ korang akan diberi peta trail Taman Negara. Ada 16 trails yang akan bawa korang ke tempat-tempat yang berbeza. Kat peta tu juga ditulis jarak dan jangkaan masa ke destinasi. Oleh kerana kita tak banyak masa, aku cadangkan korang ambil trail nombor 3 dan 6; Teluk Paku dan Teluk Pandan Kecil.
Teluk Paku ambil masa lebih kurang sejam berjalan dari office. Jarak dari office lebih kurang 800 meter. Sepanjang perjalanan, korang mungkin akan tersempak dengan Monyet Belanda, monyet yang hidung cam belalai gajah yang biasa korang tengok kat dalam TV tu. Penghujung trail ni ada pantai yang dinamakan Pantai Baku.
Setel bergambar kat Teluk Paku, korang kena patah balik jalan yang sama untuk ke Teluk Pandan Kecil. Jarak perjalanan 2.6 KM dan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam, bergantung kepada kelajuan korang berjalan.
Memang jauh tapi percayalah, penat korang akan hilang lepas dihiburkan oleh keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanan dan lepas dah sampai ke destinasi. Korang akan melalui kawasan hutan yang berbeza. Mula-mula pokok semua warna hijau, then tiba-tiba je korang lalu kat kawasan pokok kering. Kat hujung destinasi, sangat cantik sampai aku sendiri rasa macam nak nangis je. Lagi cantik dari Atreyu.
Jangan ambil masa terlampau lama di Teluk Pandan Kecil. Kita kesuntukan masa. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku sepanjang perjalanan turun ke bawah. Jadi baik turun cepat. Paling lewat kena sampai bawah jam 1630. Kalau tak, tak boleh balik Kuching.
Dah sampai bawah, korang kena check out kat office. Tanda korang dah selamat turun. Dah check out, boleh la lepak rehat kat kafe. Hati-hati dengan monyet. Diorang mungkin akan rampas makanan korang. Dah hilang penat, boleh telefon boatman yang hantar korang tadi untuk kembali ke terminal.
Balik confirm dah penat gile. Korang rehat lah. Esok adalah hari terakhir. Aku bagi peluang untuk korang shopping. Tempat ni tempat murah. Tunggu untuk Part IV pulak ye.
Till then, bye!
















0 comments:
Post a Comment