Saturday, March 5, 2011

Kebenaran Mengenai Pra-Bayar

Ada sesetengah rakyat Malaysia yang lebih gemarkan prepaid (pra-bayar) berbanding postpaid (pasca-bayar). Kononnya pakai prepaid lagi selamat, tak overspending. Tidak perlu bayar bil setiap bulan, charge call lebih murah, dan pelbagai lagi alasan. Aku pun lebih sukakan prepaid berbanding postpaid sebenarnya.

Aku dah cuba prepaid dari hampir semua syarikat telekomunikasi yang ada kat Malaysia ni. Telco Kuning, Biru, Merah, dan juga Oren. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Yang aku agak suka, Kuning. Kuning tawarkan aku free call dan juga SMS kepada tiga nombor Kuning yang aku daftarkan sebagai kawan. Awek aku pun pakai Kuning, jadi aku tak perlu la habis duit sangat. Memang jimat. Tapi bila aku telefon orang lain, dia charge mahal. Lebih kurang 36 sen seminit. Memang agak haram bila aku kena call bos atau office aku. Internet pula RM3 maksimum sehari. Asal on je data, lebih kurang 5 minit lepas tu aku dapat mesej yang aku dah kena charge RM3. Konon dah pakai maksimum. Tempoh sah kredit pun sekejap je.

Aku suka idea Oren. Charge ikut blok satu saat. Kalau awek reject call ke, termasuk voice mail box orang ke, takde la kena charge lebih sangat. Tapi bila kira balik, total yang aku bayar untuk seminit, memang agak mahal. Lagi satu, banyak sangat problem dengan network. Walaupun Oren guna network Biru yang memang terkenal dengan kualiti, Oren tak pernah improve. Lama aku bagi peluang, akhirnya aku tinggalkan je.

Baru-baru ni, aku diberi peluang untuk mencuba Tune Talk. Aku tahu pasal Tune Talk sebelum ni tapi aku tak pernah pakai. Aku pandang Tune Talk ni macam Air Asia. Murah memang murah tapi mesti ada yang tak kena dengan jiwa aku. Kalau macam Air Asia, tiket memang murah tapi nak makan dalam flight kena tambah duit, nak pilih seat kena tambah duit, bawak masuk beg lebih sikit kena tambah duit, itu kena tambah duit, ini kena tambah duit. Memang tak kena dengan jiwa aku. Tapi orang dah offer pakai Tune Talk, aku pun ambil je la. Keh..keh..

Tune Talk cakap, kadar diorang termurah di Malaysia buat masa ni. 16 sen seminit untuk call, 5 sen untuk setiap SMS, dan juga 5 sen untuk setiap 1MB data. Tak kiralah korang call atau SMS telco mana pun, kadar tetap sama. Memang agak murah tapi kalau sekadar bergantung kepada apa yang telco cakap, susah sikit nak percaya. Kena cuba la dulu.

Sekarang ni, dah hampir sebulan aku pakai Tune Talk. Apa yang aku boleh katakan, aku separa puas hati.

Call memang murah. 16 sen seminit memang terbaik. Tiada telco yang boleh lawan. Memang Kuning boleh bagi free call kat aku tapi tu untuk call nombor Kuning je. Bila call nombor lain jadi mahal. Sekarang aku pakai Tune Talk untuk call office aku dan juga nombor-nombor lain selain nombor Kuning. Memang jimat. Tune Talk charge ikut blok 30 saat. Maknanya walaupun cakap tak sampai seminit, korang tetap kena charge 16 sen. Walaupun 16 sen, tapi masih tetap murah.


5 sen setiap SMS ke semua nombor bagi aku adalah ok. Tidak teruja sangat macam aku teruja pasal call 16 sen seminit. Cuma dari segi kualiti, aku agak sedikit tidak puas hati. Ada mesej yang dah dihantar ke nombor aku, aku tak terima. Ada sedikit lag dalam proses nak terima dan hantar mesej. Kekadang tu terus fail. Problematic sikit bak kata Meleis.

Data memang aku teruja. 5 sen untuk setiap 1MB adalah beyond godlike. Kalau korang bukan heavy user, memang ini terbaik. Macam aku, pakai data hanya sekadar untuk update Foursquare, tengok Twitter jap, Facebook jap. Kalau nak check email atau surf internet, aku pakai WiFi office atau UM je. Kalau aku pakai Kuning, bila nak check in Foursquare je, dah kena charge maksimum. Pakai Tune Talk ni jimat sikit. Aku buka Twitter, check in Foursquare, buka Facebook jap, aku baru kena charge paling mahal pun 10 sen.

Tapi connection Tune Talk ni slow sikit. Kekadang tu slow banyak. Diorang pakai Edge je. Connection pun kekadang tu drop. Benda murah, korang nak expect bagus sangat pun tak boleh. Macam Air Asia la. Bayar tiket murah, korang nak expect dapat seat yang boleh baring, makan sedap-sedap, tak dapat ar chot.

Apa yang aku paling suka pasal Tune Talk, aku boleh tukar nombor bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Online je. Cuma buka website diorang, pilih nombor, dan selepas confirm, nombor korang terus akan ditukar serta merta. Tak perlu tukar sim kad. Masa mula aku dapat nombor Tune Talk, nombor memang berterabur. Ambil masa 100 minit untuk menghafal. Bila dah tukar, seminit je dah boleh ingat. Hehe.. Memang best.

Selain itu, korang juga dapat free insurans Personal Accident (PA) dari Etiqa. Total sum insured adalah RM 100,000. Setiap kali korang top up, akan dapat point. Point ni boleh tukar dengan tiket Air Asia. Yang menariknya, point ni tidak akan expired sampai bila-bila. Korang nak kumpul sampai 100 tahun pun masih boleh pakai lagi. Itu pun kalau korang masih hidup selepas 100 tahun la.


Apa yang aku boleh katakan, Tune Talk ni sesuai untuk korang pakai sebagai nombor kedua korang. Kira back up la. Sebagai pengguna yang bijak, korang kena ada dua nombor. Satu untuk contact orang yang korang selalu contact, satu lagi untuk contact nombor yang korang tak pernah atau jarang contact. Tune Talk ni murah untuk contact nombor yang korang jarang contact. Memang telco lain ada bagi free call atau 10 sen seminit tapi tu untuk nombor tertentu je. Untuk call nombor lain, kadar 16 sen seminit memang dah cukup murah. Data pulak untuk orang yang online hanya sekadar untuk ringan-ringan je. Update Twitter, check Facebook, check in Foursquare. Nak layan porno memang tak dapat ar.

Overall, Tune Talk bagi aku lebih dari ok tapi belum sampai terbaik lagi. Diorang masih baru, banyak yang perlu diperbaiki lagi. Antara yang perlu improve, customer service diorang. Diorang tak buka setiap hari. Buka pun sampai jam 2100 je. CSE pun amatur lagi. Dah la nak call kena bayar, layanan pulak tak pro.

Apa-apa pun, berbaloi untuk cuba Tune Talk. Aku akan terus pakai nombor Tune Talk ni sampai bila-bila sebab aku dah ada phone kedua dah. Hehe..

0 comments:

Post a Comment