Wednesday, April 20, 2011

Beyond Sight Project

Entry ini khas untuk DSLR poser di luar sana. Cheit..

Bermula Januari yang lepas, mak aku terlibat dalam projek Beyond Sight. Projek ini adalah satu projek untuk mengajar orang-orang buta mengambil gambar.

Ya, siapa kata orang buta tak boleh ambil gambar? Korang ingat korang je boleh?

Dimulakan oleh Moriazi Muhammad dengan kerjasama Bursa Malaysia, sebanyak 10 biji kamera Nikon Coolpix L22 telah diberi secara percuma kepada 10 orang cacat penglihatan dan mereka bebas mengambil apa sahaja gambar.


Moriazi Mohamed (kiri)


Sukarelawan yang terlibat dengan projek ini pada permulaan hanya mengajar orang-orang buta bagaimana menggunakan kamera. Dan dengan sedikit bantuan mengesan kedudukan objek, mereka telah pandai mengambil gambar-gambar yang cantik.

Dan hasilnya:






Untuk gambar yang lebih terang, korang kena la beli majalah Advanced Images Photography isu 54. Serius, semua gambar-gambar tu memang cantik. Berbaloi la kalau korang nak labur RM8.00 untuk beli majalah ni semata-mata nak tengok gambar-gambar ni je. Aku sendiri terkejut orang buta boleh ambil gambar yang cantik.


* Oh ya, nama mak aku Arilzoh. Gambar yang paling cantik tu, hasil tangkapan mak aku la. Haha..

* Kalau korang ada banyak masa, berminat nak jadi volunteer untuk projek ni, korang boleh la call Moriazi di nombor yang tertera dalam keratan majalah kat atas ni. Mak aku cakap projek ni masih lagi berjalan.

0 comments:

Post a Comment