Setiap hari Isnin, aku akan naik LRT untuk ke tempat kerja aku. Turun kat Asia Jaya, ada driver jemput bawa sampai ke office aku di Pelangi Damansara.
Aku suka naik LRT. Kalau boleh setiap hari aku nak pergi kerja naik LRT. Tak perlu menghadap trafik yang sememangnya sesak, stress dengan pengguna jalan raya yang lain, dan yang paling best boleh tengok muka-muka orang tengah Monday Blues.
Aku suka perhati orang-orang yang turun naik LRT. Semua orang aku tengok. Pak cik tua, amoi cantik, budak sekolah, mamat Indon, semuanya aku perhati je.
Hasil pemerhatian aku, aku ada buat kesimpulan cara orang naik LRT. Kesimpulan ini aku buat berdasarkan pecahan kaum. Aku nak jadi racist sikit hari ni. Haha..
Berikut adalah hasil pemerhatian aku:
* Melayu
Orang Melayu kalau naik LRT, diorang akan tunggu buzzer pintu berbunyi baru diorang kelam-kabut berlari masuk. Diorang tak kisah kalau tersangkut sebab diorang tahu, kalau diorang tersangkut, pintu akan automatik terbuka balik. Selagi buzzer tak berbunyi, diorang akan jalan rileks je. Walaupun ada orang kat belakang diorang tengah rushing nak masuk tren, diorang still steady. Cool gitu.
* Cina
Orang Cina kalau naik LRT, diorang mesti push orang depan. Tak kisah la buzzer dah bunyi atau belum, diorang mesti push. Lantak orang depan la nak jatuh ke, pe ke, apa yang penting bagi diorang, diorang berjaya naik tren tu. Tapi kalau diorang kena tolak, diorang mesti pandang orang yang menolak tu dengan pandangan yang tajam. Walaupun si penolak tu bangsa diorang jugak.
* India
Orang India memang steady. Lagi steady dari orang Melayu. Diorang rileks je kalau naik tren. Diorang tengok je si Cina tolak orang depan, si Melayu berlari kejar pintu tren yang dah nak tutup. Diorang akan naik tren kalau tiada halangan untuk diorang naik. Kalau ada halangan, diorang akan let go je tren tu dan tunggu next tren lak. Kalau next tren pun susah nak naik, diorang akan tunggu tren berikutnya pulak.
* Indon/Bangla/Myanmar etc.
Orang-orang asing yang naik LRT ni bagus sikit banding yang naik bas. Kalau naik LRT, diorang pandai beratur, hormat orang lain. Dan yang paling bagus, tak buat bising. Diorang biasa follow cara Melayu naik tren. Tapi bab kelam-kabut nak naik masa buzzer pintu berbunyi, diorang akan follow cara Cina push orang. Kira lagi ganas dari Melayu la.
Itu je la kesimpulan yang aku buat. Aku saja pecah ikut kaum. Sejajar dengan saranan Utusan Malaysia untuk buat 1Kaum. 1Melayu, 1Cina, 1India, 1Lain-lain. 1Malaysia boleh pergi mati. Heh..
*Aku ingat nak cerita pasal pengalaman aku handle 16 orang kanak-kanak Myanmar kat konsert Justin Bieber, dah taip separuh, aku padam balik. Aku memang tak pandai nak bercerita.
*Puas hati wor kalau dapat close deal. Walaupun tak sampai berjuta, aku tetap puas hati.


1 comments:
seriously!aku pon perasan gak..mybe aku d antara mereka2;p
Post a Comment